Tujuan dan Kerja-kerja Membaik Pulih Masjid Serta Kemudahan Yang Disediakan

Kerja-kerja membaik pulih dijalankan bertujuan memberi keselesaan kepada jemaah-jemaah yang menunaikan ibadah. Selain itu, ialah untuk menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada para jemaah. Contohnya, tandas dan tempat wuduk. Selain itu, pihak masjid juga menyediakan sebanyak 100-150 buah kitab, termasuk Al-Quran, kitab tafsir dan buku-buku agama. Sekiranya ada kematian, jenazah tersebut akan dimandikan di Krubong, Melaka. Hal ini kerana, masjid ini mempunyai ruang yang amat kecil. 

Disamping itu, antara tujuan lain ialah untuk  mengekalkan ciri-ciri tradisional yang terdapat pada masjid ini serta memelihara struktur binaan masjid ini.

Bahagian wuduk lelaki
Bahagian wuduk wanita
Tandas lelaki

 Antara kerja-kerja membaik pulih yang telah dijalankan ialah membersihkan kawasan masjid, mengecat semula masjid, menambah papan tanda di kawasan masjid dan akhir sekali menambah kemudahan dalam masjid seperti penghawa dingin, kipas serta lampu.

Bilangan kipas yang ditambah