Friday, September 17, 2010

MASJID PENGKALAN RAMA


Gambar Pintu Utama Masjid Pengkalan Rama Melaka
 


Pada 8 September 2010, Rabu , saya telah menemu ramah Imam utama Masjid Pengkalan Rama iaitu Imam Mohd Yunus. Tujuan temu ramah ini dijalankan ialah untuk mengkaji sejarah dan salasilah penubuhan masjid ini. 

Masjid Pengkalan Rama ini diberi nama Masjid Fat'hur Rahman  yang bermaksud Pembukaan-Allah Yang Bersifat Maha Pemurah. Ia terletak di tengah-tengah bandar Melaka iaitu di Pengkalan Rama. Masjid ini telah didirikan berdekatan dengan 'Taman Rempah', yang merupakan tempat rekreasi yang terkenal di Melaka. Hal ini kerana, terdapat bot-bot yang membawa pelancong-pelancong melawati negeri Melaka dengan menyusuri Sungai Melaka. 

Masjid ini telah dibina pada tahun 1730 an dan berusia lebih 280 tahun. Ia merupakan antara masjid yang terlama dan tertua  yang dipelihara oleh kerajaan Negeri Melaka. Kemudiannya, masjid ini telah diperbaharui pada tahun 1917 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani. Sebahagian tanahnya telah diwakafkan untuk membina masjid ini.


Kebanyakan jemaah masjid ini terdiri daripada 5 kawasan. Antaranya ialah, Pengkalan Rama Tengah, Pengkalan Rama Pantai, Peringgit, Mata Kuching, dan akhir sekali Durian Daun. Masjid Fat'hur Rahman juga mengalami beberapa pengubahsuaian. 

No comments:

Post a Comment