Masjid Fat'hur Rahman ini menjalankan beberapa aktiviti. Pada setiap malam selasa, rabu dan jumaat akan diadakan kuliah agama. Kebiasaannya, pada kuliah agama ini, pengajaran hadith dan kuliah tasauf akan diajar oleh Ustaz Hj. Abdul Rahim B. Kholiq, Sheikh Muhammad Fuad Al-Maliki dan Ustaz Fuad Ebnu Ali.
Pada setiap malam Khamis pula, bacaan Surah Yasin dan Tahlil akan diadakan. Biasanya, bacaan Surah Yasin dan Tahlil akan diketuai oleh Imam Hj. Mohd Yunus.
Manakala, pada bulan Ramadhan, para jemaah boleh berbuka puasa beramai-ramai dan solat terawih di masjid ini. Disamping itu, pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan akan diadakan qiamulail pada malam-malam tertentu menurut Imam Hj. Mohd Yunus. Para jemaah juga boleh membayar zakat fitrah di masjid ini.
Masjid ini juga menyediakan Tabung Derma Imarah Bulan Ramadhan untuk para jemaah yang ingin menderma di sepanjang Bulan Ramadhan.
Pihak masjid juga ada membuat sumbangan dari segi kewangan kepada ibu-ibu tunggal, fakir miskin serta anak-anak yatim pada setiap tahun.
Pihak masjid juga ada membuat sumbangan dari segi kewangan kepada ibu-ibu tunggal, fakir miskin serta anak-anak yatim pada setiap tahun.
Tabung Derma Imarah Bulan Ramadhan |