Masalah Yang Dihadapi Oleh Masjid Pengkalan Rama

Disebabkan Masjid Fat'hur Rahman yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka, kecurian dan kehilangan barang sering berlaku tidak kira masa. Menurut Imam Hj. Mohd Yunus, kecurian tabung derma masjid dan kehilangan barang elektrik seperti kipas dan lampu juga berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku kesulitan banyak pihak. 

Oleh itu, ahli jawatankuasa telah mengunci semua pintu masjid selepas setiap kali solat jemaah pada waktu isyak bagi mengelakkan kecurian dan kehilangan barang berlaku lagi.


Selain itu, terdapat juga orang-orang yang kurang siuman tidur di tepi-tepi masjid. Menurut, Imam Hj. Mohd Yunus, tiada sebarang tindakan yang diambil selagi tiada aduan daripada para jemaah memandangkan mereka tidak mengganggu para jemaah.