Masjid ini telah mengalami dua kali pengubahsuaian. Ia telah diubahsuai buat pertama kali pada tahun 1978 hasil kutipan derma yang diperoleh daripada orang ramai kerana kepadatan penduduk. Kemudian, pada tahun 2004, masjid ini diperbesarkan akibat jumlah jemaah yang semakin meningkat. Kali ini pula merupakan hasil kutipan derma dan juga sumbangan daripada kerajaan Negeri Melaka.
Kos anggaran pengubahsuaian masjid ini buat kali kedua ialah sebanyak 120 ribu ringgit. Dianggarkan sebanyak lebih 70 ribu ringgit telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri dan Perbadanan Muzium Melaka.
Menurut Imam Hj. Mohd Yunus, masjid ini pada dahulunya dibina hanya sebuah sahaja. Tetapi, apabila pembaharuan dan pengubahsuaian yang telah dilakukan pada tahun 2004, sebuah lagi masjid telah dibina bersebelahan masjid yang lama dan ia telah digabungkan menjadi satu. Maka, terdapat dua mimbar di dalam satu masjid. Inilah merupakan antara keunikan yang terdapat pada masjid ini yang juga dianggap sebagai masjid terlama dan tertua di Negeri Melaka.
Mimbar bahagian perempuan |
Mimbar bahagian lelaki |
Bahagian utama masjid yang terlibat dalam proses pengubahsuaian dan membaik pulih yang telah dilakukan ialah ruang sembahyang.
Ruang sembahyang bahagian lelaki yang telah diperbesarkan |
Ruang sembahyang perempuan yang telah diperbesarkan |